KONKLUSI
Buku ini ditulis untuk menyedarkan para pembaca budiman
akan bahaya agama batil dan sekaligus tanggungjawab yang terpikul di
bahu. Menyeru kebaikan dan menegah yang mungkar adalah aspek ibadah
yang paling penting diperintahkan ke atas umat mukmin oleh Allah, yang
merupakan pelindung antara satu sama lain. Di samping itu, buku ini
juga bertujuan untuk mengingatkan tanggungjawab yang mulia ini. Mereka
yang membaca dan mendengar peringatan tersebut mempunyai dua piihan:
duduk kembali dan berkata: ‘orang lain pasti akan menuruti dan
melakukannya’ atau pun bingkas bangkit dengan niat memikul tanggungjawab
yang telah diamanahkan oleh Allah kepada mereka dan mula melibatkan
diri.
Di dalam perjuangan mereka menentang kekufuran, para utusan
dan aulia telah memberi contoh yang baik. Setiap para nabi yang dikisahkan
di dalam al-Qur’an dan para aulia lain yang menuruti mereka berusaha
menentang kejangakan musyrikin dan perjuangan yang tercatat di dalam
lembaran sejarah ke atas ideologi sesat dalam usaha menyampaikan risalah-Nya.
Mereka menggunakan pelbagai kaedah untuk menyebarkan dakwah ini kepada
umat manusia dan tidak ada yang mampu menghalang mereka. Keinginan,
kekuatan, iltizam, kesabaran dan keberanian mereka seharusnya menjadi
tauladan bagi para mukmin yang lain.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa di sana telah disediakan
pengajaran bagi mereka yang menyeru kebaikan kepada umat manusia:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah
bahawa baginda bersabda: mereka yang menyeru manusia ke jalan kebaikan
akan menerima ganjaran seperti ganjaran mereka yang menuruti mereka
tanpa dikurang sedikit pun. 36
Dalam sejarah mutakhir ini, terdapat sebahagian besar
para ulama Islam yang memiliki tauladan hidup yang baik. Sebagai contoh,
Badi’uzzaman Said Nurisi adalah antara tokoh terkenal yang gigih
berjihad menentang agama batil dalam keadaan yang sangat menguji. Beliau
mempamerkan kesabaran dan melakukan banyak pengorbanan sebagai usaha
melindungi negara sekaligus rakyat jelata dari ancaman ini. Kenyataan
Badi’uzzaman berikut menjadi inspirasi yang mendalam terhadap
mereka yang memiliki sanubari yang tulus dan akal yang jernih:
Matlamat saya hanya satu. Di
saat saya sedang hampir kepada kematian, saya dapat mendengar ejekan
burung hantu Bolshevik di dalam negara ini yang merupakan tanahair umat
Islam. Bunyi itu menjahanamkan asas akidah dunia islam. Melemahkan kepercayaan
mereka dan ia membelenggu manusia khususnya para belia ke dalam dakapannya.
Saya menyeru para belia dan semua umat islam kembali beriman dengan
berjuang menentangnya dengan seluruh kudrat upaya saya. Saya menentang
kekufuran yang tersembunyi ini. Saya ingin kembali kepada-Nya dengan
menjadikan perjuangan ini milik saya. Inilah yang saya lakukan. Bagi
mereka yang menghalang saya dari melakukannya, saya khuatir mereka adalah
komunis. Bagi saya, ia adalah jihad suci untuk perjuangan menentang
musuh-musuh akidah ini. Lepaskan saya!! Biarkan saya mengislah para
pemuda yang diracuni komunisme dan demi keimanan negara ini!! Biarkan
saya berkhidmat demi tauhid. 37
Seorang individu yang benar-benar sedar adalah berkewajipan
untuk mematuhi tuntutan naluri fitrahnya dan berusaha untuk mengabdi
diri kepada agama Ilahir. Allah sudah pasti akan membezakan antara para
hamba-Nya yang mukmin sejati daripada mereka yang hanya berkata ‘saya
beriman’ namun mengelak daripada memenuhi seruan jihad ini. Allah
berfirman di dalam al-Qur’an:
Adakah manusia mengira bahawa mereka akan
dibiarkan saja berkata: Kami telah beriman tanpa diuji. Surah Al-Ankabuut:
2
Dalam sepotong ayat lain, Allah menyatakan bahawa para
mukmin tidak akan memperolehi ketakwaan dan keimanan yang sejati tanpa
berjihad menentang kekufuran:
Bahkan adakah kamu mengira bahawa kamu
akan masuk ke syurga sedang Allah tiada mengetahui di antara orang yang
berjihad di antara kamu serta mengetahui orang-orang yang sabar. Surah
Ali-‘Imran: 142 |